Kalau nak ingatkan balik, memang rasa nak quit. Sekarang dah semester 2. Bukan apa, sebab rasa lost pula. Minta pendapat kawan-kawan. Dan dengan keadaan sekarang ni.
Tapi mungkin fikiran sedang bercelaru. Jadi, sekarang aku harus tetapkan hati untuk habiskan. Yang lain nanti akan difikirkan.
Mengejar Cita-Cita Yang Tertunda.
Selepas tamat Diploma Sains di UITM, aku ditawarkan ke ISMP Fizik (minor Math) di UITM Seksyen 19, Shah Alam (sekarang Fakulti Pendidikan di Puncak Alam). Tapi decide untuk berhenti di semester 2 kerana aku tidak mampu untuk teruskan subjek minor Math. Dan memang masa Diploma Sains dulu bercita-cita dengan kawan nak sambung Psikologi. Sayangnya, tak ada Psikologi di UITM dan kami pula masuk ijazah sarjana muda melalui program penyerapan.
Setelah itu, akhirnya setahun selepas itu, aku diterima masuk ke UIAM bagi melanjutkan pelajaran dalam Psikologi. Alhamdulillah tamat dengan jayanya. Kemudian, meneruskan cita-cita untuk menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bimbingan dan kaunseling selama 3-4 tahun. Namun, Allah lebih tahu...ketika itu aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil. Suamiku pula seorang pegawai tentera yang kerap berpindah-randah. Datang pula COVID-19 dan aku buat keputusan untuk tukar bidang sarjana ke Teknologi Pengajaran. Alhamdulillah, hanya mengambil masa selama 2 tahun untuk tamat berbanding kaunseling. Mungkin hikmah yang Allah nak bagi masa ini.
Walaupun bidang yang tidak selari tapi aku berjaya menggenggam sarjana yang diimpikan dalam bidang Pendidikan. Aku tidak menyesal malah gembira kerana baru tahu ada rupanya Teknologi Pengajaran yang sebenarnya popular di negara-negara luar. Di Malaysia, lebih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan. Kemudian, aku baru tahu bahawa sarjana pendidikan ini tidak melayakkan aku untuk menjadi guru kerajaan kerana mereka masih mewajibkan guru-guru untuk mempunyai ISMP atau DPLI.
Oleh itu, aku meminta izin suamiku untuk 'last attempt' disebabkan belum pernah lagi berpeluang dapat panggilan SPP. Lepas tu cukupla, tak nak dah sambung belajar. Dan akan cari apa-apa kerja yang halal dan dapat income. Ikutkan hati sebab dah lama jadi surirumah ni suka je duduk rumah. Tapi, I need to work! Mungkin target dalam 10 tahun lagi?
Mungkin ada benda yang trigger adalah aku job hopping in short period that some company doubt. To be honest, all these while, aku selalu fikirkan untuk sentiasa ada waktu bersama-sama suamiku dan ikut dia pindah ke mana-mana tempat dia berkhidmat. Namun, ada perkara yang menghalang kami untuk tetap ikut beliau. Takpela part ni biarlah rahsia. Hehe. Buat masa ini mungkin.
So, pada tahun ini, aku lost tapi aku tulis ni untuk ingatkan balik letak sebab yang kukuh kenapa kena habiskan juga DPLI. Anak kami pun seorang yang dah berumur 7 tahun sekarang, belum dikurniakan tambah zuriat. So ini pun mungkin salah satu juga sebab 'why don't I give a final try to be a teacher'. Tahun depan mungkin PJJ lagi dengan suamiku. Kalau fikir memang sedih tapi penat dah sedih. Nak tunggu dia bersara awal pun dalam 5 tahun lagi. 5 tahun tu pun might have changes kan.
Aku pun rasa cukuplah kot ikut suamiku pindah-pindah. Biarlah duduk satu tempat je dengan Aaira. Malas dah rasanya kena hadapi persekitaran yang berbeza-beza. Jiran yang berbeza-beza. Fikirkan aaira juga dengan persekolahan dia. Tunggu suamiku bersara jelakan?
Sejak kahwin, keputusan2 hidupku semua berpusatkan suami dan anakku. Aku rasa seorang perlu berkorban untuk beri sepenuh perhatian kepada Aaira anak tunggal kami sementara suamiku terikat dengan tugas kerjayanya. Dan bila Aaira dah masuk darjah 1, belum ada adik, maka, aku rasa inilah masanya untukku cuba capai cita-citaku yang tertangguh. Walaubagaimanapun, pada akhirnya, aku impikan kami dapat hidup dalam sebuah rumah bersama-sama susah dan senang. Tak perlu dah PJJ dan berjauhan. Hanya maut yang memisahkan kita.
Doakan aku!
Comments
Post a Comment
Some thoughts...