Assalamualaikum w.b.t Bermula hari Rabu 23 Disember 2020 yang lepas, dalam sejarah Ayah kena buat swab test sebab ada kes positif close contact dengan officemate dia. Patutnya minggu ni umi datang dengan adik-adik. Ayah pun dah ambil cuti siap2 untuk spend time sama2. Tapi, disebabkan kes ini, ayah perlu kuarantin selama 10 hari bermula 23 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021. Setahun, jumpa tahun depan ye semua. Haha Alhamdulillah masa swab test pertama, ayah negatif COVID-19 tapi dia masih perlu kuarantin selama 10 hari sebagai person under investigation (PUI) dan melakukan swab test kedua pada 31 Disember 2020. Semasa menunggu keputusan swab test pertama, ibu dan Aaira telah menjadi person under surveillance (PUS). Kesian umi dan adik-adik terpaksa batalkan rancangan spend time bersama-sama di Kuala Lumpur. Kebetulan, umi datang untuk ambil kereta baru umi, Proton X70. Ibu dengan Ayah pun dah siap-siap berbincang dan membuat persiapan untuk spend time bersama-sama umi da...