Assalamualaik...
Dua tiga hari ni dapat sharing daripada kawan-kawan. Tentang kehidupan. Yang sorang ni 30-an. Yang sorang ni pula umur 50-an. Hehe.
Specifically tentang family...kawan I yang 30-an ni cerita apa yang dia sedang diuji. Tentang kewangan keluarga. Bila fikir, betulla, financial adalah perkara penting dalam membina kekeluarga. Memang bukan yang paling utama tapi bila melibatkan faktor untuk kelangsungan hidup, yes, sangat perlu.
Disebabkan itu, keperluan kewangan ni perlu dicari melalui pekerjaan. Yes, zaman sekarang ni perlu usaha untuk dapatkan income yang tetap apatah lagi bila dah bekeluarga dan ada anak yang masih kecil. Mana nak beli diaper, susu n macam-macam lagi. Sedih bila fikir kawanku sorang ni. Tapi, didoakan suami dia akan dapat kerja tetap soon! And semoga dia pun dapat kerja tetap and gaji yang cukup untuk dia sekeluarga.
Betul juga, kadang kerja yang leisure, gaji kecil and takde urge untuk grow faster tak sesuai untuk orang yang menjadi sumber rezeki to feed their family. Untuk orang yang bukan breadwinner family mungkin boleh kerja leisure macam ni untuk isi masa lapang and dapat duit poket sendiri.
But at some amount of time, kita akan start rasa nak grow untuk diri sendiri juga. Sampai bila kan nak stay dekat spot yang sama. Sebab manusia ni dinamik. Ada perkara, sesuatu mesti grow untuk fulfill fitrah kita sebagai manusia. For me yang job hopping ni pun masih terfikir how to survive the same job for years. Ada yang more than 30 years. Lama tu.
Untuk sekarang, tengah kerja guru ganti for about a month and 26 days macam tu. Sebulan kerja pun dah terfikir macam manalah orang bekerja selama bertahun-tahun dekat tempat yang sama. At least, setiap orang perlu tukar environment 2 or 3 kali. Macam pegawai tentera, dorang akan posting every 4-5 years. Dapat elakkan complacent or burnout dkt tempat yang sama. Tapi untuk dorang ni sebab laluan kerjaya begitu.
Lagi sorang ni, 50-an. Cikgu sekolah tempat aku bekerja sekarang. Dia ni dah 24 years married to an engineer yang kerja offshore kot. Sebab dia penah cerita dia 8 tahun PJJ and dia kerja jadi cikgu pun sebab husband dia suruh apply kerja jadi cikgu. Ikutkan sebenarnya dia jadi surirumah je pun dah ok. Dari segi financial bukan masalah. Tapi, husband dia kata, nanti anak2 dah besar takkan duduk rumah sorang-sorang. Baiklah kerja, kalau kerja dapat bergaul dengan kawan-kawan, dengan murid-murid and isi masa sorang-sorang tu dengan bekerja. So sekarang dia dah 24 years service as teacher.
Aku sempat tanya pendapat dia macam mana nak positif semasa PJJ. Jawapan dia simple je, tak yah fikir sangat, jangan layan sangat fikiran, buat je sendiri. Sebab kalau kau marah husband pun dia bukan boleh buat apa sebab dia jauh. Lepas tu dia kata, nak kenal pasangan ni ambil masa 10 tahun. Lepas 10 tahun baru kau faham, kadang tak perlu cakap pun kau dah faham. Hehe aku sempat berseloroh kata, saya lagi 3 tahun.
Sebenarnya, bila fikir2, first kita kena bersyukur. Kadang Allah datangkan orang-orang macam ni untuk buat kita sedar and bersyukur bahawa life ni Allah dah susun cantik untuk setiap orang. Ada orang diuji suami tak dapat kerja tetap, lepas tu financial tak stabil tapi dia ada masa bersama-sama keluarga. Ada pula yang takde masalah kewangan, tapi masa dengan keluarga terhad.
Aku percaya satu benda ni, "tak semua benda kita dapat at once". Contoh, buat masa sekarang, financial stabil and ada kerja tetap, tapi masa terhad. Most of the time masa tertumpu pada pekerjaan. Susah dapat cuti. But maybe on the other time, kita akan diuji dengan kewangan pula tapi masa tu Allah mungkin bagi kita masa bersama-sama keluarga. Teringat surah al-insyirah, 'bersama kesulitan ada kesenangan'. Allah bagi kesenangan along the way untuk kita hadapi cabaran, bukan di akhirnya.
Semalam nak sangat cerita benda-benda ni dekat suamiku tapi dia tak hubungi aku kecuali mesej waktu pukul 2.30 pagi kata dia tak sihat selama 2 hari di operasi sana. So, aku pun pendam jela cerita ni. Aku ni sebenarnya suka update terus any thought dekat suamiku sebab aku jenis lama-lama lupa dah nak cerita. Alih-alih bila suami call tanya khabar dah aku diam je tatau nak cerita apa. Kadang malas juga nak cerita kalau cerita dah basi.
Memang aku bersyukur sangat suami kerja tetap walaupun ada ketika aku rasa ada beberapa job scope pekerjaan dia yang tak munasabah yang melibatkan dia kena attend sampai ke lewat malam. Ada juga pekerjaan yang tiba-tiba dia perlu entertain which sebenarnya perkara itu tak urgent pun.
Ada satu sudut, aku ada keyakinan bahawa Allah nak tunjukkan something dan aku masih belum nampak itu. Kadang aku rasa cepatlah tua supaya jadi lebih matang and let it be. Macam ada akak ni kata, bila kau dah masuk usia 40-an ke atas, kau akan rasa macam tak perlu pun pedulikan semua benda. Biar jela benda tak penting tu.
And hopefully, one day...Allah makbulkan doa-doaku! Aku yakin, Allah pasti akan makbulkan doa-doaku...maafkan diriku ini Ya Allah yang banyak kesilapan dan kekurangan. Maafkan diri ini kerana masih kurang bersyukur. Aku yakin semua yang Kau takdirkan untukku ini adalah yang terbaik untuk menjauhkanku daripada perkara-perkara yang memudaratkan.
And lastly, semoga aku akan akhiri hidupku dalam reda Allah.
Comments
Post a Comment
Some thoughts...