Assalamualaikum wbt...
Akhirnya 25hb April 2023, 4 Syawal 1444H kami berhijrah ke Miri, Sarawak. Ikut ayah posting di 20RAMD Kem Sri Miri.
Bermulalah kehidupan di unit/pasukan semula.
Di sini juga pertama kali dalam hidup menjejakkan kaki ke tanah Sarawak. Perjalanan menaiki kapal terbang adalah selama 2 Jam. Lagi jauh dari travel ke Medan, Indonesia bulan Februari yang lepas.
Dekat sini ramai kata best. Erm, untuk first two weeks ni, suasana aman damai je sini cuma kadang-kadang cuaca panas. Rasanya seluruh dunia tengah alami musim panas.
Alhamdulillah, Aaira pun dapat bersekolah di Little Caliph, 5 minit dari Kem 20RAMD yang mana menjadi tempat kami tinggal. Kuarters di sini ada yang baru. Kami tinggal di apartment/flat 3 tingkat. Alhamdulillah kami dapat tingkat 1.
Suasana dalam kem biasa, sunyi. Kadang2 dengar bunyi bas charter, tentuang, orang PT (physical training), dan parade. Life dalam kem ni yang best rasa secured, tak perlu kunci rumah pun takpe.
Yang tak best sangat, shopee dan foodpanda. Haha. Kalau dulu dekat MINDEF, duduk kuarters Jalan U-thant bebas. Dan tak ada pun terlibat dengan aktivit BAKAT. Di sini perlulah ada BAKAT.
Okay, Miri ni ada 2 mall yang best (bak kata ayah dan kawan2 kerja dia). Bintang mall dan Imperial mall. Dekat depan kem ni, ada pasaraya E-mart. Macam ala2 Aeon Big. Dalam dia ada kiosk-kiosk dan premis-premis kecil.
Kemudian, kami ke Luak Esplanade, kira-kira 15 minit dari kem. Di sini pantai cantik!. Tapi awas, nak mandi kena hati2 dengan buaya laut! Like real sea crocodile tau. Haha. So, kami decide nak jalan2 je tengok tempat. Sempat juga Aaira beli layang-layang RM6.00. Sudahnya ibu ayah yang main. Dia lebih suka main pasir.
Selain Luak Esplanade, ada Pantai Lutong yang lebih popular di sini. Kami belum sempat lagi untuk ke sana. Oh ya, ibu dapat kerja jadi guru ganti di SM Sains Miri (depan Luak Esplanade je). Last week pergi jumpa pengetua dan guru yang diganti tu. Alhamdulillah, semua baik-baik belaka (first impression). Siap ajak masuk kelas untuk kenal pelajar lagi.
Kem di sini dalam 5 minit dari Airport Miri. So sangatlah dekat dan akan selalu dengar flight terbang dari Kem.
Satu perkara yang ibu perasan di sini, pelbagai background. Teringat satu video ni, dia kata, nak cari perpaduan, pergilah Sarawak! Sebab di sini macam boleh kata 50-50 muslim dan non-muslim. Dan bandar Miri pula kebanyakan dr pelbagai origin yang berhijrah dan menetap di sini. Miri besar juga kawasannya, Niah, Bekenu, Marudi, Batam, Sibuti dan lain-lain.
So far, rasanya semua orang di sini ramah dan baik. Driving pun rasa selamat sebab walaupun laju tapi ramai je yang baik, bagi laluan kalau nak keluar/masuk simpang. Pergaulan pun tak kira bangsa atau agama. Teringin nak fasih loghat Sarawak.
Tujuan di sini semoga dapat travel tempat-tempat di Sarawak, paling teringin nak ke Kuching dan melawat tempat-tempat tradisional kaum/etnik di sini. Selain itu, bina networking especially dengan orang Miri sendiri. Boleh belajar banyak benda.
Untuk makanan di sini mungkin sedikit berbeza dengan KL. Kena explore lagi. So far macam tak banyak choice dan juga jumpa pelbagai brand yang kita tak pernah jumpa dekat semenanjung. Nak beli online pula shipping rate mahal. Haha. Nasib baik ada Supersave, kedai dia macam Mr. Diy + Eco. Memang masuk tak jumpa pintu keluar kot! Haha.
Satu lagi tempat baru rasanya, Marina Bay/Square. Dekat sini hari tu pusing-pusing tempat dia ada juga kedai-kedai makan yang sederhana-mahal dekat sini. Starbucks pun ada sebuah bangunan. Spa dan hotel pun banyak dekat sini. Dekat kawasan Lutong (kalau tak silap namanya) ada banyak pemandangan rumah-rumah banglo yang level rumah agam / mansion kot!. Besar gilak. Dekat sini banyak residential. Besar-besar rumahnya.
Harga barang di sini sama je macam dekat KL. Mahal. Contoh, udang biasa tu RM35-45 sekilo. Macam dekat KL kan. Tapi heran juga, dekat Marang, Terengganu pun mahal. Haha. Implikasi recession kot kan. Nak beli rumah pun dah jadi liabiliti dah sementara recession ni. Selagi mampu duduk rumah sewa, duduk jela. Dah tua nanti baru beli rumah sendiri. Kalau ambil LPPSA, terus langsai bila dah meninggal. Roti Gardenia ada, tapi roti yang sebantal/classic/bonanza tu tak jumpa dekat sini. Selected assorted bread/bun je ada. So, jarangla kot makan roti di sini. Harga pun berbeza, contoh, kalau beli Wrap gardenia dekat KL RM5.20 dekat sini RM7 something. Ada markup sikit harga.
Last but not least, lot more to explore but now, prepare untuk teaching! Doakan semoga perjalanan di sini mudah. Banyak kena belajar. Semoga jumpa dengan orang yang baik-baik dan dapat memberi manfaat, sharing ideas and thoughts.
Ada pros and cons la bila tinggal di unit/pasukan dengan di MINDEF. Kalau dari segi kerja, duduk unit tak stress sangat, tapi kerja hakiki kena pergi operasi 3 bulan every 2-3 months, exercise, events etc.
Ok lah... will update more kalau rajin. Bye!
Comments
Post a Comment
Some thoughts...