Salam A'laik...
Mungkin urusan pindah ke Miri akan ditunda sehingga selepas Raya tahun hadapan. Ini kerana, masa kontena yang agak lama dan masih belum ditetapkan tarikh.
Selepas discuss dengan ayah semalam, kami decide untuk postpone pindah dan kontena kerana ayah akan ke operasi pada bulan Januari dan aku pula akan menunaikan umrah.
Untuk Aaira, kami titipkan dia bersama-sama mama (kak iparku) kerana orang yang paling rapat dengannya selepas kami adalah mama noor. Mama noor bercadang untuk membawa anak-anak pulang ke kampung sepanjang ibadah umrahku.
Sementara itu, suamiku akan berpindah dahulu ke Miri dan terus membuat persiapan ke operasi di Sabah. Sedih juga memikirkan Aaira yang bakal tinggal jauh daripada ibu dan ayah buat beberapa minggu.
Namun, sebagai ibu...aku mendoakan semoga semuanya dipermudah urusan. Setelah pulang daripada umrah, aku dan Aaira akan tinggal di Uthant sementara menunggu ayah pulang daripada operasi bagi mengurus urusan pindah ke sana nnt.
Sudahku jangka akan perubahan tarikh ini. Memikirkan tentang persekolahan Aaira pada tahun depan dan keperluan-keperluan di rumah baru nanti. Jauh daripada keluarga yang lain.
Perasaan teruja memudar kerana penundaan ini. Tapi, menguruskan semua ini bergantung kepada suamiku. Aku harap semua ini akan baik-baik sahaja.
Comments
Post a Comment
Some thoughts...