Assalamualaikum wbt,
Perjalanan TTC untuk mendapatkan zuriat kedua ni suatu memori yang aku akan simpan sini untuk kenangan dan mungkin boleh jadi panduan untuk yang lain juga.
Sudah 2 tahun lebih sejak Aaira umur 2 tahun, aku mencuba untuk dapatkan zuriat lagi. Masih teringat dalam kertas kerja ayah sebelum kahwin, dia merancang untuk ada 4 atau 5 orang anak, namun, Allah Maha Mengetahui.
Tahun ini, umurku 30 tahun. Dan Aaira pula 4 tahun. Pada tahun ini, aku nekad untuk mencari tahu keadaan diri ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan dapat buat rawatan di klinik berdekatan rumah kami. Dalam 5 minit. Sebelum ni ada survey tempat-tempat lain yang khas untuk rawatan fertility namun, hati nekad untuk mencuba nasib, bertanya di klinik berdekatan rumah kami ini.
Pada hari pertama membuat check-up, melalui ultrasound scan, aku mendapati aku ada tilted uterus / retroverted uterus. Rahim kebelakang. Dr memaklumkan aku juga ada masalah sikit dengan pencernaan atau 'bowel problem'. Aku rasa lega sebab akhirnya aku tahu keadaan diri dan melalui itu aku boleh cuba memperbaiki, mengubati diri ini.
Dr sempat juga tanya samada aku pernah angkat barang berat2 semasa berpantang dulu. Itu mungkin salah satu sebab terjadinya retroverted uterus. Tapi ada juga yang aku baca melalui internet, mungkin terjadi disebabkan prior pregnancy. Proses pengecutan rahim menyebabkan rahim stays behind dan tidak kembali ke bentuk asal.
Jadi, Dr suggest untuk buat OPK test bermula esoknya dan datang semula pada hari ke-21 Alhamdulillah, pada hari ke 16 aku dapat dua line terang menandakan itu waktu subur. Pada hari ke-24, aku datang ke klinik untuk membuat ujian darah. Bagi mengenalpasti samada hamil atau tidak melalui kadar bacaan hormon progesteron.
Selepas dua hari, Dr. memaklumkan kadar progesteron aku ditahap rendah dan tidak mencapai bacaan 100 ke atas. Maka, fahamlah aku bahawa aku tidak mengandung. Nampak sedih juga diwajah suamiku namun, di tempat menunggu, dia menggenggam tanganku. Mataku berkaca.
Dr suggest ada 2 jenis rawatan, 1. IVF (RM25k) dan 2. Pengambilan ubat hormon (RM400 sebulan) dan dilakukan selama 3 bulan. Katanya ini teknologi baru daripada Jerman. Bermula pada tahun 2015. Sebelum itu, aku harus menunggu period hari ke-2 untuk ujian darah bagi menentukan masalah hormon sementara itu suamiku membuat ujian sperma. Sample specimen akan dihantar untuk analisis. Setelah itu baru kami tahu apa keadaan sebenar diri kami.
Hatiku lega setelah mendapat tahu masalah-masalah dalam diri ini. Tak adalah seperti sebelum ini. Hati menangis setiap kali tertanya-tanya kenapa belum lekat lagi. Dalam masa yang sama sedih juga dapat tahu keadaan diri tak berapa baik tapi tak apa, yang penting usaha. Selebihnya biar Allah yang menentukan.
Tanggungjawab kita adalah berusaha. Yakinlah, Allah pasti akan kabulkan doa kita. Tak di sini, di sana nanti. Allah tak memungkiri janji dan dia mendengar setiap doa hamba-hambaNya.
Terima kasih Allah di atas ujian ini. Pada mulanya memang tak sangka, tapi sekarang aku tahu, patutlah aku selalu sakit di lower back setiap kali period. Melalui pembacaan, untuk retroverted uterus, mereka akan sakit dibahagin bawah belakang setiap kali period. Berbanding orang yang ada normal uterus, dia akan sakit dibahagian depan bawah perut.
Mohon doa semua semoga urusan kami ini dipermudahkan. Ini adalah tarbiah untuk kami bersedia dan lebih menghargai dan menyusukuri akan nikmat yang Allah pinjamkan pada kami.
Hajat untuk ke umrah juga tertunda disebabkan tugasan kerja suamiku. Tak mengapa, InsyaAllah, one day. Semoga dapat kami bawa doa-doa kami ke sana nanti.
Comments
Post a Comment
Some thoughts...