Assalamualaikum w.b.t
Bermula hari Rabu 23 Disember 2020 yang lepas, dalam sejarah Ayah kena buat swab test sebab ada kes positif close contact dengan officemate dia. Patutnya minggu ni umi datang dengan adik-adik. Ayah pun dah ambil cuti siap2 untuk spend time sama2. Tapi, disebabkan kes ini, ayah perlu kuarantin selama 10 hari bermula 23 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021. Setahun, jumpa tahun depan ye semua. Haha
Alhamdulillah masa swab test pertama, ayah negatif COVID-19 tapi dia masih perlu kuarantin selama 10 hari sebagai person under investigation (PUI) dan melakukan swab test kedua pada 31 Disember 2020. Semasa menunggu keputusan swab test pertama, ibu dan Aaira telah menjadi person under surveillance (PUS).
Kesian umi dan adik-adik terpaksa batalkan rancangan spend time bersama-sama di Kuala Lumpur. Kebetulan, umi datang untuk ambil kereta baru umi, Proton X70. Ibu dengan Ayah pun dah siap-siap berbincang dan membuat persiapan untuk spend time bersama-sama umi dan adik-adik. Ibu kemas rumah, siapkan bilik untuk mereka, beli barang basah dan makanan untuk umi dan adik-adik.
Namun dalam hati ini masih risau dengan tugasan akademik yang belum siap lagi dan peperiksaan akhir yang berbaki lagi dua minggu. Semester kali ini terasa laju dan tugasan yang sangat banyak. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan lesu, masih tetap berjaya siapkan sebelum submission date.
Untuk kali ini ada lagi yang belum siap tapi submission date Selasa depan. Aduhai, semoga tugasan ini dapat ditangguhkan supaya sempat disiapkan. Niat hati nak bangun tengah malam tetapi tewas. Aaira ni masih perlukan bau ibu sepanjang tidur dia. Sudah beberapa kali ibu bangun dan selepas 2 jam, dia akan bangun dan mencari ibu di bilik belajar/kerja.
Maka, ibu harus melayani dia. Agak sukar untuk ibu fokus ketika membaca artikel kajian-kajian dan menganalisis sambil melayan Aaira. Sangat perlukan bantuan dan masa yang panjang untuk ibu duduk dan menganalisa, menulis dan siapkan semuanya. Ibu agak lambat untuk tugasan ini.
Mujur ibu ada pensyarah yang memahami dan masih membantu ibu dalam keadaan dia kurang sihat. Semoga Allah permudah urusannya. Ibu belum rasa bebas selagi tidak siap tugasan-tugasan. Ibu tidak khuatirkan peperiksaan akhir tetapi tugasan. Ibu harap dapat ke kampus dan menghabiskan masa siapkan kerja-kerja di sana sambil Aaira di sekolah. Namun, keadaan COVID-19 mengubah perancangan ibu.
Tak mengapa, pastinya ada hikmah disebalik semua ini. Allah Maha Mengetahui dan Penyayang. Aaira bakal sekolah di Taska Kemas U-Thant. Bawah blok kami je. Dapatlah dia besosial seperti di sekolah lamanya IIUM Educare. Ibu juga dapat fokus untuk pengajian ibu yang berbaki dua/tiga semester lagi. InsyaAllah.
Doakan kami ya!
Sayang semua.
Nisa.
Comments
Post a Comment
Some thoughts...