Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. Alhamdulillah, tahun ni dapat beraya bersama-sama keluarga, sanak-saudara dan ziarah kampung negeri sembilan setelah 3 tahun tak balik sana.
Rindu juga kenangan beraya di sana. Walaupun dah tak sama macam dulu. Kenangan tetap kenangan.
Pertama kali bawa Ayah dan Aaira ke sana. Tengok kampung tempat bermain. Ibu rasa raya tahun ni terlalu biasa, kurang meriah. Tapi banyak spend time dengan family.
Nak pergi beraya rumah kawan-kawan ibu segan pula. Yela, lama tak berhubung. Biasanya kalau berhubung bila ada kenduri, open house atau apa-apa majlis. Ibu harap kawan-kawan ibu semua ingat lagi ibu. Ibu cuma segan nak pergi beraya je.
Alhamdulillah, ibu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, nikmat bersama-sama keluarga dan Ayah. Kami baru pindah kuarters. InsyaAllah dapatlah duduk rumah yang kami tunggu2. Lagi 4 tahun kami tak pasti ke mana pula.
Ibu pun sementara ni bekerja di UIAM, doakan semoga dimudahkan rezeki kerja. Wan Aaira pula ibu hantar dekat IIUM Educare. Harapan ibu, dapatlah Aaira belajar sesuatu di sana. Ibu dah 3 bulan kerja, ibu dapat rasa pengalaman jadi suri rumah dan juga ibu bekerja.
Cuma satu je lagi, iaitu tinggal di rumah sendiri. Mungkin cabarannya tu ada tapi ibu gembira bila dapat berbakti untuk keluarga kecil ibu. Ibu sebenarnya masih risau memikirkan banyak hal. Cliche kan? Tapi ibu takdela overthinking macam masa mula-mula kahwin dulu sebab ibu pun rasa banyak benda lagi nak fikir selain overthinking. Just go with the flow.
Ibu sebenarnya ada plan lain, tapi ibu tunggu masa yang sesuai. Ibu berterima kasih kepada Ayah sebab Ayah selalu support apa keputusan ibu tentang kerjaya ibu. Ibu ada cita-cita, tapi kadang-kadang bila ibu terfikirkan soal kewangan, ibu jadi serba salah. Alhamdulillah, ibu masih cukup serba serbi, cuma perlu bijak mengurus kewangan. Ibu bukanlah 'breadwinner' keluarga, tapi ibu rasa ibu perlu tahu berjimat-cermat.
Belajar gunakan sumber kewangan dengan berhemat. Ayah cadangkan ibu catat perbelanjaan debit/kredidt ibu supaya lebih detail. Tapi ibu tak buat sebab bagi ibu kalau ibu buat begitu ibu akan jadi orang yang terlalu berkira-kira. Yang ibu yakin sekarang adalah, ibu akan set target setiap bulan berapa jumlah kewangan ibu untuk dibelanjakan dan disimpan. Lagipun ibu kurang berminat dengan kira-kira ni. Ayahlah orang paling detail. So, dialah yang bijak hal-hal kewangan.
Yang pasti, ibu akan selalu ingat untuk ukur baju dibadan sendiri. Insya-Allah, doakan ibu jadi orang yang bijak berjimat-cermat tapi tak kedekut. Ibu doakan semoga Allah selalu murahkan rezeki ayah dan keluarga kami. Memang dalam hati ada impian yang belum tercapai dan itu semua diselingkan dengan "kalaulah aku dapat berbelanja guna duit sendiri" tapi bila fikir semula, elok juga belajar tahan diri dan bersyukur dengan apa yang ada.
Apa benda yang ayah belanjakan untuk ibu dan keluarga, semoga itu saham akhirat ayah. Ameen ya Rabb...

Comments
Post a Comment
Some thoughts...