Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Urusan Pindah Rumah dan Umrah

 Salam A'laik... Mungkin urusan pindah ke Miri akan ditunda sehingga selepas Raya tahun hadapan. Ini kerana, masa kontena yang agak lama dan masih belum ditetapkan tarikh.  Selepas discuss dengan ayah semalam, kami decide untuk postpone pindah dan kontena kerana ayah akan ke operasi pada bulan Januari dan aku pula akan menunaikan umrah.  Untuk Aaira, kami titipkan dia bersama-sama mama (kak iparku) kerana orang yang paling rapat dengannya selepas kami adalah mama noor. Mama noor bercadang untuk membawa anak-anak pulang ke kampung sepanjang ibadah umrahku. Sementara itu, suamiku akan berpindah dahulu ke Miri dan terus membuat persiapan ke operasi di Sabah. Sedih juga memikirkan Aaira yang bakal tinggal jauh daripada ibu dan ayah buat beberapa minggu.  Namun, sebagai ibu...aku mendoakan semoga semuanya dipermudah urusan. Setelah pulang daripada umrah, aku dan Aaira akan tinggal di Uthant sementara menunggu ayah pulang daripada operasi bagi mengurus urusan pindah ke san...

TTC Journey Secondary Infertility

Assalamualaikum wbt, Perjalanan TTC untuk mendapatkan zuriat kedua ni suatu memori yang aku akan simpan sini untuk kenangan dan mungkin boleh jadi panduan untuk yang lain juga. Sudah 2 tahun lebih sejak Aaira umur 2 tahun, aku mencuba untuk dapatkan zuriat lagi. Masih teringat dalam kertas kerja ayah sebelum kahwin, dia merancang untuk ada 4 atau 5 orang anak, namun, Allah Maha Mengetahui. Tahun ini, umurku 30 tahun. Dan Aaira pula 4 tahun. Pada tahun ini, aku nekad untuk mencari tahu keadaan diri ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan dapat buat rawatan di klinik berdekatan rumah kami. Dalam 5 minit. Sebelum ni ada survey tempat-tempat lain yang khas untuk rawatan fertility namun, hati nekad untuk mencuba nasib, bertanya di klinik berdekatan rumah kami ini. Pada hari pertama membuat check-up, melalui ultrasound scan, aku mendapati aku ada tilted uterus / retroverted uterus. Rahim kebelakang. Dr memaklumkan aku juga ada masalah sikit dengan pencernaan atau 'bowel problem'. Aku r...